Kuiz Muatan Haba + Haba Pendam

Rajah berikut menunjukkan bacaan termometer bagi air mendidih yang sama isi padu di dalam bekas X dan Y. Apakah yang menyebabkan perbezaan bacaan termometer itu?
Muatan haba tentu bekas X > muatan haba tentu bekas Y
Muatan haba tentu bekas X < muatan haba tentu bekas Y
Muatan haba tentu bekas X > muatan haba tentu air
Muatan haba tentu bekas Y > muatan haba tentu air
Jadual berikut menunjukkan nilai muatan haba tentu bagi bahan P, Q dan R. Bahan manakah yang paling sesuai digunakan sebagai dasar kuali leper?
P
Q
R
S
Jadual berikut menunjukkan nilai muatan haba tentu bagi bahan P, Q dan R. Bahan manakah yang paling sesuai digunakan sebagai pemegang kuali leper?
P
Q
R
S
Mengapakah air sesuai digunakan sebagai agen penyejuk?
Ketumpatan yang tinggi
Haba pendam yang tinggi
Muatan haba yang tinggi
Daya lekatan antara molekul yang tinggi
Haba yang diserap semasa proses pepejal berubah menjadi cecair dinamakan sebagai
muatan haba tentu cecair
muatan haba tentu pepejal
haba pendam tentu pelakuran
haba pendam tentu pengewapan
Fenomena bayu laut dan bayu darat adalah disebabkan oleh
muatan haba tentu bagi laut lebih tinggi daripada darat.
haba pendam tentu pengewapan diserap oleh laut.
muatan haba tentu udara lebih tinggi daripada darat.
muatan haba udara lebih tinggi daripada laut.
Terdapat dua biji cawan seramik yang berisi air panas dibiarkan sejuk. Salah satu cawan ditutup dengan penutup. Mengapakah suhu air dalam cawan seramik dengan penutup adalah lebih tinggi daripada cawan seramik tanpa penutup?
Jumlah air dalam cawan seramik tanpa penutup adalah kurang.
Tekanan dalam cawan seramik dengan penutup adalah kurang daripada tekanan atmosfera
Muatan haba bagi cawan seramik dan penutup adalah tinggi
Haba pendam pengewapan tidak hilang ke persekitaran bagi cawan seramik dengan penutup.
Antara pernyataan yang berikut, manakah salah tentang haba pendam pelakuran?
Kuantiti tenaga yang diserap bagi meningkat 1 kg bahan ke 1 °C
Kuantiti tenaga yang diserap bagi meningkatkan 1 °C bagi satu bahan.
Kuantiti haba yang diserap untuk menukarkan fasa bahan pada suhu malar.
Kuantiti tenaga yang diserap bagi bahan pepejal kepada keadaan cecair per unit jisim pada suhu malar.
Mengapakah kita rasa sejuk selepas berpeluh?
Air telah tersejat dengan mudah
Air boleh menyerap banyak haba
Haba pendam pengewapan diserap daripada badan apabila peluh tersejat
Haba pendam pelakuran dibebaskan daripada badan apabila peluh tersejat
Kecederaan akibat stim panas adalah lebih teruk daripada kecederaan akibat air panas.
Benar
Salah
{"name":"Kuiz Muatan Haba + Haba Pendam", "url":"https://www.quiz-maker.com/QB47QJM9A","txt":"Rajah berikut menunjukkan bacaan termometer bagi air mendidih yang sama isi padu di dalam bekas X dan Y. Apakah yang menyebabkan perbezaan bacaan termometer itu?, Jadual berikut menunjukkan nilai muatan haba tentu bagi bahan P, Q dan R. Bahan manakah yang paling sesuai digunakan sebagai dasar kuali leper?, Jadual berikut menunjukkan nilai muatan haba tentu bagi bahan P, Q dan R. Bahan manakah yang paling sesuai digunakan sebagai pemegang kuali leper?","img":"https://www.quiz-maker.com/3012/CDN/81-3846497/photo-2022-09-29-07-54-23.jpg?sz=1200"}
Powered by: Quiz Maker