(Visual, Auditori & Kinestetik)

1. Apabila menggunakan peralatan baru, biasanya saya:
Membaca arahan terlebih dahulu
Mendengar penjelasan daripada orang yang telah menggunakannya
Terus menggunakannya kerana saya percaya sambil mencuba saya dapat mengetahui cara menggunakan peralatan itu dengan betul
2. Apabila memerlukan tunjuk arah semasa perjalanan, biasanya saya:
Merujuk peta
Meminta bantuan secara lisan
Mengikut naluri/ gerak hati atau mungkin menggunakan kompas
3. Apabila memasak menu yang baru, saya suka:
Mengikut resepi bertulis
Menghubungi rakan untuk mendapatkan penerangan
Mengikut gerak hati, menguji semasa memasak
4. Jika saya mengajar seseorang mengenai sesuatu yang baru, saya cenderung untuk:
Memberi arahan secara bertulis
Memberi penerangan secara lisan
Menunjukkan cara terlebih dahulu dan meminta mereka melakukan sendiri
5. Saya cenderung mengatakan:
Lihat bagaimana saya melakukannya
Dengar apa yang saya terangkan
Anda boleh terus melakukan
6. Pada masa lapang saya suka:
Pergi ke muzium dan galeri
Mendengar muzik dan berbual dengan rakan-rakan
Bersukan dan melakukan DIY (Do It Yourself)
7. Apabila membeli pakaian, saya cenderung untuk:
Menggambarkan bagaimana ia kelihatan
Berbincang dengan kakitangan kedai
Mencuba dan mengujinya
8. Apabila memilih percutian, biasanya saya:
Membaca banyak risalah
Mendengar pandangan dari rakan-rakan
Membayangkan bagaimana jika saya berada di tempat percutian tersebut
9. Jika saya membeli kereta baru, saya akan:
Membaca ulasan di akhbar dan majalah
Berbincang dengan rakan-rakan apa yang saya perlukan
Memandu-uji pelbagai jenis model
10. Apabila mempelajari kemahiran baru, saya selesa:
Melihat apa yang guru lakukan
Bercakap dengan guru apa yang harus saya lakukan
Mencuba sendiri dan terus melakukannya
{"name":"(Visual, Auditori & Kinestetik)", "url":"https://www.quiz-maker.com/QPREVIEW","txt":"1. Apabila menggunakan peralatan baru, biasanya saya:, 2. Apabila memerlukan tunjuk arah semasa perjalanan, biasanya saya:, 3. Apabila memasak menu yang baru, saya suka:","img":"https://www.quiz-maker.com/3012/images/ogquiz.png"}
Powered by: Quiz Maker