TOPIK 3: CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (OBJEkTIF)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan saudara susuan?
A. Persaudaraan yang terjadi melalui susuan
B.Persaudaraan yang terjadi daripada bahan aktif yang menggalakkan susu ibu
C. Persaudaraan melalui ibu tumpang
D. Persaudaraan yang terjalin antara pasangan yang baru berkahwin
2. Mengapakah Islam membezakan persaudaraan darah dengan persaudaraan keimanan?
A. Persaudaraan atas dasar kerohanian dan keimanan sukar ditandingi keakrabannya
B.Persaudaraan atas dasar darah tidak akrab berbanding dengan persaudaraan keimanan
C. Saudara sedarah sukar dikawal keakrabannya
D. Darah manusia sama merah tetapi hati mereka berbeza-beza
3. Kenyataan yang manakah betul tentang etika dalam memberikan nasihat?
A. Merahsiakan nasihat pada tempat yang harus dirahsiakan
B. Nasihat tidak memerlukan keikhlasan
C. Kita boleh menasihati apa-apa sahaja tanpa batas dan masa
D. Orang yang memberikan nasihat tidak perlu mengikut nasihat yang diberikan kepada orang lain
4. Pilih kenyataan yang tepat tentang hak sesama jiran.
A. Jiran yang perlu dibantu hanya mereka yang berada disebelah rumah kita sahaja
B. Apabila jiran mendapat sesuatu kebaikan, kita perlu mengucapkan tahniah kepadanya
C. Jiran yang baik ialah jiran yang boleh kita lakukan apa-apa sahaja terhadapnya
D. Kita boleh menegur jiran tetapi jiran tidak boleh menegur kita
5. Apakah yang dimaksudkan dengan taawundalam peringkat pergaulan sesama manusia
A. Peringkat tolong-menolong
B. Peringkat memahami perasaan jiran
C. Peringkat mengenal hati budi jiran
D. Peringkat membiarkan jiran apabila tidak mahu mendengar nasihat
6. Pilih kenyataan yang benar tentang konsep pakaian.
A. Kita boleh memakai apa-apa sahaja mengikut kemampuan
B. Pakaian bagi lelaki dan wanita hendaklah yang tebal dan longgar serta boleh melindungi aurat daripada pandangan orang lain
C. Pakaian yang baik ialah pakaian yang mahal dan beraneka corak
D. Tujuan berpakaian adalah untuk kemasyhuran dan kebanggaan diri
7. Adab dan batas pergaulan dalam Islam ialah ...
A. Pergaulan dengan orang-orang yang setaraf sahaja.
B. Bebas bergaul dengan orang-orang yang dikenali.
C. Menutup aurat dengan sempurna serta merendahkan pandangan ketika brgaul.
D. Tidak perlu mengawal suara ketika bergaul.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya mengambil tahu?
A. Kita mengambil tahu perkara yang tidak baik yang berlaku dalam masyarakat sahaja
B. Kita mengambil tahu kerana maklumat itu boleh disebarkan kepada orang lain tanpa izin
C. Amalan membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan ialah contoh terbaik dalam budaya mengambil tahu
D. Tidak perlu mengambil tahu kerana kita mempunyai hubungan darah dengan mereka yang tidak kita kenali
9. Kenyataan yang manakah benar mengenai masyarakat majmuk?
A. Islam memberikan jaminan kebebasan beragama dengan syarat mereka tidak mengeksploitasi kebebasan tersebut untuk menyerang Islam
B. Sensitiviti masyarakat tidak perlu dijaga kerana masyarakat tidak sama dari segi ras dan etnik
C. Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang hidup bebas tanpa kawalan
D. Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pekerjaan yang berbeza-beza
10. Keunggulan sesuatu komunikasi bergantung kepada...
A. Makna dan kesan komunikasi tersebut.
B. Tempat dan masa komunikasi berlaku.
C. Pakaian dan cara komunikasi sahaja.
D. Komunikasi sehala tanpa batas.
11. Pilih kenyataan yang benar tentang maksud khurafat.
A. Khurafat ialah sebuah filem yang digemari oleh masyarakat Malaysia
B. Khurafat adalah satu bentuk cerita dongeng dan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam
C. Khurafat adalah satu bentuk penyembahan
D. Khurafat hanya berkaitan dengan hantu dan kuasa luar biasa
12. Pilih kenyataan yang benar tentang lirik lagu yang dikehendaki oleh Islam.
A. Lirk lagu yang bersifat keras dan membangkitkan semangat
B. Lirik lagu yang tidak mempunyai unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
C. Lirik lagu yang boleh membangkitkan syahwat
D. Lirik lagu yang memuja unsur-unsur syaitan
13. Ciri-ciri hiburan yang manakah yang dikehendaki oleh Islam?
A. Hiburan yang murah dan jimat tetapi melalaikan
B. Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat yang melalaikan
C. Hiburan yang melalaikan tetapi dibuat ditempat awam
D. Hiburan yang mempunyai elemen provokasi yang boleh mencetus ketegangan
14. Pilih kenyataan yang benar tentang etika kewartawanan.
A. Wartawan bebas menulis apa-apa sahaja kerana tugas mereka ialah membuat laporan
B. Sebelum menulis sesuatu berita, kebenaran sesuatu berita perlu dipastikan terlebih dahulu
C. Boleh menulis asalkan mendapat keuntungan bagi pihak dirinya
D. Boleh mendedahkan keburukan orang lain dalam berita yang ditulis
15. Kenapa kesantunan berbahasa amat dituntut kepada mereka yang berbicara.
A. Kesantunan bahasa boleh mengelak berlakunya salah faham serta ketegangan
B. Kesantunan berbahasa menyebabkan kita boleh ketinggalan
C. Kesantunan berbahasa akan menyebabkan kelekaan kepada penuturnya
D. Kesantunan berbahasa boleh merugikan kerana menganbil masa yang panjang
16. Apakah yang dimaksudkan dengan Insya-Allah?
A. Janji Allah kepada manusia
B. Allah maha pengasih lagi penyayang
C. Ungkapan yang bermaksud "dengan izin Allah"
D. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan
17. Apakah yang dimaksudkan dengan tawakal?
A. Sesuatu yang baik atau buruk ditentukan oleh Allah
B. Perbuatan yang dlakukan dengan hanya berdoa
C. Perbuatan tunggu dan lihat dengan apa yang berlaku
D. Perbuatan mendiamkan diri tanpa usaha
18. Mengapakah unsur-unsur khurafat dalam masyarakat ditentang oleh Islam?
A. Khurafat boleh menyebabkan berlakunya syirik kepada Allah
B. Khurafat ialah perbuatan orang Arab Jahiliyah
C. Khurafat hanya pada masa dahulu sahaja, tidak berlaku pada zaman moden
D. Khurafat ialah kepercayaan tentang kewujudan hantu
19. Pilh kenyataan yang benar tentang ciri-ciri khurafat dan tahayul.
A. Cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam
B. Khurafat sama dengan perbuatan silap mata
C. Khurafat ialah perbuatan tanpa membeli akad yang sah
D. Khurat diharuskan untuk menyara kehidupan
20. Apakah hukum beramal dengan perkara khurafat dan tahayul?
A. Harus
B. Jatuh kepada mensyirikkan Allah
C. Halal untuk mendapat sesuatu yang dihajati
D. Sunat untuk menjaga keselamatan diri
{"name":"TOPIK 3: CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (OBJEkTIF)", "url":"https://www.quiz-maker.com/QPREVIEW","txt":"1. Apakah yang dimaksudkan dengan saudara susuan?, 2. Mengapakah Islam membezakan persaudaraan darah dengan persaudaraan keimanan?, 3. Kenyataan yang manakah betul tentang etika dalam memberikan nasihat?","img":"https://www.quiz-maker.com/3012/images/ogquiz.png"}
More Quizzes
Which dragon mountain flatmate are you?
11611
Most likely to?
1588
8th Scholarship Exam 2
10528
How Well Do You Know JuJu?
1167
Series 65 Practice 3
1265
¿Qué tipo de consumidor eres?
7436
How well do you know me?!?!?
520
CCNA2 Final FormA-1a V6.0 Exam Answers
51260
امتحان تشريح مرضي خاص نموذج 1
50250
Economics (Chapter -2 Mini Test)
15812
1105 Probability and Statistics Exam 2 Practice Quiz Part 1
2512119
Maths
15819