SOALAN PEMAHAMAN
Pendidikan Pemahaman Bahasa Melayu
Selamat datang ke kuiz pemahaman Bahasa Melayu! Kuiz ini direka untuk membantu pelajar menguji kemahiran mereka dalam memahami dan menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Dengan 32 soalan yang menarik, anda boleh:
- Menguji pengetahuan bahasa anda
- Belajar melalui pelbagai jenis soalan
- Mendapat maklum balas segera tentang jawapan anda
_______________ mesti menjaga kebersihan kelas agar dapat belajar dalam keadaan selesa.
Kita
Kami
Beliau
Engkau
"Maafkan saya kerana menyusahkan ___________," kata Joshua kepada kawan-kawannya.
Anda
Awak
Kamu
Kalian
Datuk Doktor Sheikh Muszaphar Shukor __________ sebagai angkasawan pertama Malaysia.
Dikenali
Kenalan
Terkenal
Mengenali
Tahap ___________ sivik dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita masih rendah.
Tersedar
Kesedaran
Disedarkan
Menyedarkan
Albert dan Siew Mei menebang se________ buluh di belakang rumahnya untuk membuat layang-layang.
Ruas
Pucuk
Berkas
Batang
Mesyuarat koperasi itu menjadi ________ apabila sebahagian anggotanya bertikam lidah.
Tenat
Kusut
Bising
Hangat
Saya mengalami __________ nafas kerana keadaan cuaca yang berjerebu pada petang ini.
Siksa
Sesak
Sebak
Susah
Sebuah monorel sedang _________ menuju ke Hentian Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Meluru
Melibas
Meluncur
Memusing
Kami terpegun melihat pekerja di ladang teh itu __________ daun-daun teh dengan pantas.
Memetik
Menebas
Memotong
Mencantas
Adik Manisah tidak tahu sama ada hendak makan kuetiau goreng ________ mi goreng.
Lagipun
Biarpun
Ataupun
Mahupun
"___________ menyimpan duit tunai di rumah _________ kamu menyimpannya di bank," nasihat Farish kepada kawannya.
Dari....... Lebih baik
Daripada......... Lebih baik
Biarpun.... Sudah tentu
Sungguhpun...... Sudah tentu
Laporan itu _________ pencerobohan hutan yang berlaku di Hutan Simpan Rompin.
Akan
Pada
Tentang
Daripada
"Kebanyakan kuih tradisional masyarakat Melayu diperbuat __________ tepung beras," kata Chef Adu.
Dari
Antara
Dengan
Daripada
Ibu berasa pening ketika melalui jalan yang __________ dari Tapah ke Cameron Highlands.
Licin-licau
Lekak-lekuk
Lintang-pukang
Bengkang-bengkok
Semasa kegawatan ekonomi yang melanda dunia, banyak orang yang hilang ___________ kerana diberhentikan kerja.
Gaji pokok
Batu loncatan
Mata pencarian
Ayam tambatan
Walaupun Sufiza tergolong dalam golongan orang kurang upaya tetapi ________nya membuat labu sayung sangat halus.
Air tangan
Kerja tangan
Buah tangan
Campur tangan
Pak Cik Wahid sedang menanam beberapa _________ anak padi di sawahnya.
Gemal
Pokok
Batang
Rumpun
Dalam Persatuan Bahasa Melayu, Nurul Nadiah memegang jawatan sebagai ________.
Sukarela
Setiausaha
Suruhanjaya
Warganegara
Sekolah Kebangsaan Taman Jaya baru sahaja mengadakan majlis _________ dengan ibu bapa dan penjaga murid.
Atur cara
Temu ramah
Ramah mesra
Sidang akhbar
Bantuan pakaian dan makanan itu akan disalurkan kepada mangsa ribut di Kuala Perlis.
Perkataan seerti bagi disalurkan ialah
Didermakan
Dihantarkan
Disedekahkan
Disumbangkan
Nurliyana dan adiknya membantu ibu mereka mengasingkan telur ayam mengikut saiz dan gred yang telah ditentukan.
Perkataan berlawan bagi mengasingkan ialah
Menguli
Mengacau
Menyisihkan
Menggaulkan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
- Para pesawah memetik hasil padi mereka dengan gembira.
- Norhan turut memetik kata-kata Sasterawan Negara yang terkenal itu.
- Haikal memetik kecapi sambil menyanyikan lagu "Budi Bahasa Amalan Kita".
- Siti Hamidah memetik minatnya dalam seni lukis semenjak dia di bangku sekolah.
I dan III sahaja
II dan III sahaja
II dan IV sahaja
III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
- Mazlan mengikut kursus faedah pengawetan makanan di Serdang.
- Encik Zaim membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya.
- Banyak faedah yang kita peroleh jika kita mengamalkan sikap suka menabung.
- Dia menggunakan faedah yang mudah untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek belia kampung kita itu ?
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas.
Laporan projek belia kampung itu amat sukar disiapkan.
Laporan projek belia kampung kita itu akan saya hantar sebentar lagi.
Ya, saya telah menyiapkan laporan projek belia kampung itu petang semalam.
Ya, saya akan menyiapkan laporan projek kampung kita itu kepada persatuan belia.
Saya serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak semula.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
Di manakah Cikgu Farhana letakkan buku karangan itu ?
Bilakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana ?
Siapakah yang mengambil buku karangan itu daripada Cikgu Farhana ?
Mengapakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana ? ?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Album baru artis wanita terkenal itu akan dipasarkan sebelum Disember 2009.
Sebelum Disember 2009, album baharu terkenal artis wanita itu akan dipasarkan.
Sebelum Disember 2009, album artis baharu wanita terkenal itu akan dipasarkan.
Sebelum Disember 2009, album baharu artis wanita terkenal itu akan dipasarkan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
"Jemputlah ke majlis hari lahir saya pada minggu hadapan," kata Yatie kepada Suzie.
Yatie mempelawa Suzie ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
Yatie merayu Suzie agar datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
Yatie meminta Suzie bertandang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
Yatie mengarahkan Suzie datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
Pilih ayat yang betul.
Pemandu bas itu menafikan dia memotong garisan berkembar.
Kami sampai di kawasan rehat dan rawat itu lebih awal dari mereka.
Siapatah yang gemar membuang sampah sarap di dalam sungai tersebut.
Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukan.
Pilih ayat yang betul.
- Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.
- Satu rampasan terbesar minyak disel dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi.
- Kamus ekabahasa yang baharu itu dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
- Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang betul.
- Oleh kerana dia berkelulusan tinggi, dia diterima bekerja di syarikat itu.
- Jalan raya itu sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya.
- Semua jejentik itu mati bila ayah membubuh racun ke dalam takungan air itu.
- Saya mempunyai banyak kenalan yang tinggal di taman perumahan mewah itu.
I dan II sahaja
II dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
{"name":"SOALAN PEMAHAMAN", "url":"https://www.quiz-maker.com/QPREVIEW","txt":"Selamat datang ke kuiz pemahaman Bahasa Melayu! Kuiz ini direka untuk membantu pelajar menguji kemahiran mereka dalam memahami dan menggunakan bahasa Melayu dengan betul.Dengan 32 soalan yang menarik, anda boleh:Menguji pengetahuan bahasa andaBelajar melalui pelbagai jenis soalanMendapat maklum balas segera tentang jawapan anda","img":"https:/images/course8.png"}