UJIAN KEFAHAMAN BERKAITAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN BAGI PPKJ TAHUN 2021

Create an image featuring a security officer in front of a government building, highlighting themes of safety, protection, and professionalism.

UJIAN KEFAHAMAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN

Selamat datang ke ujian kefahaman keselamatan perlindungan bagi PPKJ tahun 2021. Ujian ini direka untuk menilai pengetahuan anda tentang keselamatan perlindungan dalam konteks jabatan kerajaan.

Anda akan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan:

  • Komponen keselamatan perlindungan
  • Ancaman terhadap keselamatan
  • Tanggungjawab pegawai keselamatan
  • Langkah pencegahan keselamatan
13 Questions3 MinutesCreated by GuardingKnowledge12
Name:
Jabatan :
Ujian Kefahaman Berkaitan Keselamatan Perlindungan ini dilaksanakan kepada semua PPKJ Majlis Bandaraya Subang Jaya
KERTAS UJIAN INI MENGANDUNGI SATU BAHAGIAN SOALAN SAHAJA. SILA JAWAB SEMUA SOALAN (10 soalan).
Masa : 10 Minit
Ujian Kefahaman Berkaitan Keselamatan Perlindungan ini dilaksanakan kepada semua PPKJ Majlis Bandaraya Subang Jaya
KERTAS UJIAN INI MENGANDUNGI SATU BAHAGIAN SOALAN SAHAJA. SILA JAWAB SEMUA SOALAN (10 soalan).
Masa : 10 Minit
1. Berapakah komponen utama yang ada dalam keselamatan perlindungan?
2
3
4
5
2. Berikut adalah diantara senarai ancaman terhadap keselamatan perlindungan:
1) Subversif
2) EspionaJ
3) Sabotaj
4) Keganasan
5) Kelemahan Manusia.
 
Diantara senarai berikut, yang manakah memberi maksud ancaman disebabkan oleh kegiatan memperoleh rahsia rasmi dengan cara tersembunyi atau salah di sisi undang-undang bagi tujuan memudaratkan keselamatan dan kepentingan negara?
1 & 2
2
3 & 5
4 & 2
3. Berikut adalah senarai langkah terhadap pencegahan kemasukan orang yang tidak dibenarkan di sesebuah bangunan kerajaan:
 
i) Membina pondok pengawal, pagar dan lampu bangunan.
ii) Melantik pengawal keselamatan yang tidak mempunyai tapisan keselamatan.
iii) Mewujudkan Sistem Pas Keselamatan / Kad Pengenalan Jabatan dan Pas Keselamatan Pelawat.
iv) Memasang CCTV, alat penggera dan lain-lain sistem keselamatan.
 
Diantara senarai berikut, yang manakah langkah pencegahan yang betul mengikut Buku Arahan Keselamatan?
I,ii,iii & iv
Ii, iii & iv
Iii & iv
I, iii & iv
4. Berikut adalah senarai fungsi kawalan keselamatan terhadap peti kunci pendua yang diwujudkan di jabatan:
 
i) Melaksanakan Audit berkala keatas kunci dan anak kunci.
ii) Tidak melabel anak kunci kecuali dengan menggunakan sistem kod keselamatan.
iii) Memastikan pegawai yang bertukar jabatan menyerahkan semula anak kunci.
iv) Menyedia, menyelenggara dan mengemaskini Buku Daftar Anak Kunci.
 
Siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan semua fungsi ini dilaksanakan di jabatan?
PPKJ
PPKJ & PR
PR
KJ
5. Kenyataan berikut adalah tanggungjawab yang perlu dipatuhi mengikut Buku Arahan Keselamatan
 
i) Pegawai bertugas harian perlu melaporkan kejadian yang berlaku di dalam Buku Sistem Pegawai Bertugas Harian sepanjang tempoh waktu bertugas sehingga tamat tugas.
ii) Memastikan pelawat yang hadir di jabatan memakai pas pelawat yang telah diwujudkan sebelum melaksanakan sebarang urusan.
iii) Memastikan pelawat memakai alat pelitup mulut dan hidung atau memakai Face Shield sepanjang berada di dalam bangunan kerajaan.
 
Di antara berikut, senaraikan tanggungjawab yang tidak dinyatakan dalam Buku Arahan Keselamatan.
I
Ii & iii
Iii
I, ii & iii
6. Siapakah yang memperakui pelantikan bagi Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) sesebuah agensi?
Datuk Bandar
Menteri Besar
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)
SUK
7. Pegawai yang terakhir meninggalkan pejabat perlu memastikan semua lampu dan alatan elektronik pejabat telah dimatikan dan dikemaskini di dalam buku yang telah disediakan. Pernyataan berikut adalah merujuk kepada langkah keselamatan melibatkan?
 
i) Arahan Keselamatan
ii) Arahan Pentadbiran
ii) Arahan PPKJ
iv) Sistem Pegawai Bertugas Harian
I & ii
Iii & iv
I & iv
I, iii & iv
8. Pilih pernyataan yang Betul berkenaan pengurusan Peti Kunci:
 
i) Tidak menjadi kesalahan apabila Peti Kunci Pendua di Jabatan dilabel selain menggunakan sistem kod keselamatan.
ii) Kunci yang telah didaftarkan tidak perlu disimpan di dalam Peti Kunci Pendua.
iii) Menjadi kesalahan sekiranya kunci yang digunakan di dalam Peti Pendua tidak dipulangkan semula selepas digunakan.
iv) Peti Kunci Pendua wajib diletakan di dalam ruang bilik yang boleh dikunci.
I & iv
I, iii & iv
I & iii
Iii & iv
9. Ahmad adalah seorang kakitangan MBSJ dan pada hari tersebut dia tidak membawa pas pekerjanya ke pejabat. Bagi memudahkan urusan beliau di pejabat, beliau telah mengambil Pas Pelawat di kaunter pengawal.
 
Tindakan manakah yang dikenalpasti sebagai pelanggaran keselamatan?
i) Ahmad menggunakan Pas Pelawat sekiranya tiada pas pekerja.
ii) Pengawal membenarkan Ahmad mengambil Pas Pelawat.
iii) Ahmad menyimpan Pas Pelawat sebagai barang peribadinya
iv) Fungsi Pas Pelawat dan Pas Pekerja adalah sama.
I, iii & iv
Ii, iii & iv
I, ii, iii & iv
I & ii
10. Jabatan Bangunan telah melantik kontraktor A bagi kerja-kerja pengubahsuaian pejabat. Apakah langkah keselamatan yang perlu dipatuhi selaku PPKJ, sekiranya berhadapan dengan situasi ini dilapangan?
 
i) Pihak kontraktor hanya perlu melaksanakan tugas sepertimana yang diarahkan oleh jabatan.
ii) Menyediakan butiran lengkap setiap kakitangan kontraktor yang terlibat dan memastikan Borang Kelulusan Kerja telah disahkan oleh DB/TDB sebelum kerja bermula dilapangan.
iii) Memastikan kerja kontraktor dilapangan dipantau oleh wakil jabatan yang terlibat sebagai faktor keselamatan sepanjang waktu.
iv) Kakitangan kontraktor perlu sentiasa memakai Pas Kontraktor sewaktu berada di dalam bangunan kerajaan dan memulangkan kembali Pas Kontraktor setelah selesai tugas.
Ii, iii & iv
I, ii, iii & iv
Iii & iv
Iv
{"name":"UJIAN KEFAHAMAN BERKAITAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN BAGI PPKJ TAHUN 2021", "url":"https://www.quiz-maker.com/QPREVIEW","txt":"Selamat datang ke ujian kefahaman keselamatan perlindungan bagi PPKJ tahun 2021. Ujian ini direka untuk menilai pengetahuan anda tentang keselamatan perlindungan dalam konteks jabatan kerajaan.Anda akan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan:Komponen keselamatan perlindunganAncaman terhadap keselamatanTanggungjawab pegawai keselamatanLangkah pencegahan keselamatan","img":"https:/images/course6.png"}
Powered by: Quiz Maker