MORFOLOGI KATA

Yang manakah ayat yang mengandungi kata ganda semu
D. Dia pura-pura tidur ketika saya menjengah bilik tidurnya.
A. Tetikus yang baru dibelinya itu kurang berkualiti.
B. Kehadiran ipar-duai memeriahkan majlis hari jadinya.
C. Program gotong-royong itu ditangguhkan kerana hujan.
Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja yang berapitan meN-...-kan yang menjadikan objek sebagai yang dimaksudkan oleh kata dasarnya?
Ayat yang berikut menggunakan kata penguat yang betul kecuali
Semua ayat yang berikut menggunakan kata adverba jati,kecuali
A. Selepas hujan,air sungai itu mengalir sangat deras
B. Kawan saya sering ketinggalan bas untuk ke sekolah.
C. Kita jangan mengingkari nasihat ibu,nanti kita menyesal.
D. Dia disaman oleh JPJ kerana memandu tanpa lesen semalam.
Unggas bersahut-sahutan bagaikan berseloka dan bergurindam.
 
Kata ganda "bersahut-sahutan" dalam ayat di atas membawa maksud perbuatan 
A. menyaling
B. berpanjangan
C. berulang-ulang
D bersungguh-sungguh
Yang manakah ayat yang menggunakan kata hubung gabungan?
Ayat yang manakah yang mengandungi kata bersisipan yang kata dasarnya ialah kata kerja?
A. Nyanyiannya mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
B. Pokok-pokoknya menjadi kemetot kerana kekurangan baja dan air.
C. Jamal terkejut melihat rumahnya berselerak seolah-olah dimasuki pencuri.
D. Wajahnya kelihatan berserabut kerana memikirkan masalah yang dihadapinya.
Yang manakah ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan betul?
A. Jambangan bunga itu hendak diberikan pada siapa?
B. Adik menendang bola dari penjuru kiri padang terus ke dalam gol.
C. Ramai pelancong tertarik dengan keindahan pusat peranginan di negeri itu.
D. Kita hendaklah bergotong-royong membersihkan sungai ini demi untuk kepentingan penduduk.
Yang manakah kata kerja yang menerima imbuhan meN-...-kan yang membawa maksud kausatif?
A. Abang Long Fadil membelikan adik bongsunya seutas rantai emas.
B. Peguam Syarikat Guaman Adil Saksama telah membacakan wasiat ayah.
C. Cikgu Maznah mengingatkan kami untuk membuat latihan tentang morfologi.
D. Tok Penghulu Kampung Sungai Siput membuatkan kami pondok istirahat.
Pengguguran imbuhan apitan pada perkataan yang berikut akan mengubah golongan katanya,kecuali bagi perkataan
A. kerakyatan
B. kejatuhan
C. kesejukan
D. kelihatan
{"name":"MORFOLOGI KATA", "url":"https://www.quiz-maker.com/QPREVIEW","txt":"Yang manakah ayat yang mengandungi kata ganda semu, Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja yang berapitan meN-...-kan yang menjadikan objek sebagai yang dimaksudkan oleh kata dasarnya?, Ayat yang berikut menggunakan kata penguat yang betul kecuali","img":"https://www.poll-maker.com/3012/images/ogquiz.png?sz=1200-00000000001000005300"}
Powered by: Quiz Maker